Susu Badan
Berdasarkan kajian, didapati bahawa 1.5 juta kematian kanak-kanak setiap tahun BOLEH DIELAKKAN dgn penyusuan susu ibu. Didapati juga bayi yang diberi susu badan secara eksklusif adalah:
- 2.5 kali lebih rendah risiko mendapat penyakit
- 50% kurang mendapat jangkitan telinga ‘otitis media’
Susu ibu juga dapat mencegah cirit-birit. Kebarangkalian untuk mendapat cirit-birit bagi kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 bulan adalah 2 kali ganda lebih bagi bayi yang diberi susu formula berbanding dengan bayi yang diberi susu ibu.
Susu ibu juga dapat mencegah penyakit saluran pernafasan (bronkitis dll) bagi bayi yang berumur kurang dari 1 tahun. Didapati bahawa terdapat 3 kali ganda risiko kematian jika bayi yang mendapat penyakit ini tidak diberi susu ibu.
Sorry, the comment form is closed at this time.

Comments
No comments yet.